Setiap kali tengok cermin mesti belek belek muka kan? Cantik ke, kacak ke, lawa ke? Alamak ada jerawat dan parut jerawat la. Adakah petua yang boleh membantu masalah tersebut?
Saya akan kongsikan 5 Petua Hilangkan Parut Jerawat.Walaupun ianya nampak mudah,saya yakin mampu memberi manfaat kepada anda.
1.Lemon mengandungi Anti-Oksidan yang bagus untuk kulit muka.Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.Ambil sebiji lemon dan potong beberapa bahagian.Kemudian gosok di bahagian muka yang berjerawat sehari 2-3 kali setiap pagi,petang dan malam.
2.Bawang Putih juga berkesan dalam menghilangkan parut jerawat.Tumbuk 2 atau 3 biji sehingga halus lalu disapukan ke bahagian muka yang berjerawat.Berehat selama 10 minit selepas cuci muka.Amalkan seminggu dua kali.InsyaAllah berkesan.
3.Minyak Zaitun merupakan petua turun-temurun.Malah ramai yang mengakui keberkesanan minyak zaitun ni.Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam dan kacau sebati beberapa minit.Kemudian sapu di bahagian muka yang berjerawat dan biarkan beberapa minit sehingga kering.Basuh muka dengan menggunakan sabun pencuci muka.Amalkan petua ini seminggu sekali.
4.Putih telur juga membantu menghilangkan parut jerawat.Asingkan putih telur dan kuning telur.Kacau putih telur,sapu ke wajah dan berehat selama 15 minit.Putih telur ini dapat mengurangkan minyak di muka yang sering menyebabkan timbulnya jerawat.
5. Atau boleh cuba cara hilangkan parut hitam di muka dengan cara yang lebih senang, cepat, selamat dan paling penting berkesan. Caranya adalah amalkan sebiji Vitamin E Complex Shaklee setiap hari. Kandungan anti oksidan yang tinggi membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Hasilnya parut hitam di muka semakin pudar.
Nak lagi berkesan, boleh makan dua biji. Dan cucukkan Vitamin E Complex Shaklee, lepas tu ambil sedikit dan sapukan pada bekas-bekas atau parut hitam di muka. Lagi yang membuatkan Vitamin E Complex Shaklee ini pilihan ramai, adalah kerana ia juga mengawal muka dari 'melahirkan' lebih banyak jerawat. Jerawat stop, parut pun hilang.
Ok. Berpuas hati dengan beberapa petua yang saya kongsikan? Selamat mencuba sahabat sekalian!!!
No comments:
Post a Comment