banner

banner

Cara Kempiskan Perut Buncit



Ada banyak cara nak kempiskan perut yang buncit, jadi anda tak perlu risau. Perut buncit tidak semestinya seseorang itu gemuk yang kurus slim macam lidi pun ada perut. Ha itu lah realiti kalau tak dijaga sekarang macammana nak dapatkan perut yang rata dan ideal?

Gemuk pun susah kurus pun susah kan?? Nak cantik memang susah tapi itu lah pengorbanan kita perlu buat. Suami perasan tak kenapa isteri selepas bersalin nampak gemuk? Pernah fikir tak, pernah tegur tak? HHhhmmm kalau ditegur kata menghina, awak tak sayang saya la atau awak ada perempuan lain la. Perempuan kalau tak ada perasaan cemburu itu bukan perempuan namanya. Saya ada sedikit info kenapa wanita gemuk selepas bersalin.

Mengikut Kementerian Kesihatan, ada beberapa faktor menyebabkan wanita selepas bersalin anak akan menjadi tembam. Wanita semasa berat badannya akan meningkat secara semulajadi. Jadi tak perlu pelik sebab semasa hamil terjadinya perubahan hormon menyebabkan badan mereka mengumpul lemak dan air. Lemak yang terkumpul ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas bersalin.

Salah satu faktor menyebabkan wanita selepas bersalin gemuk adalah tidak menyusukan anak dengan susu badan. Jika tak menyusu maka lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan terus terkumpul di dalam badan. Atau sebab lain mungkin wanita selepas bersalin tak amalkan pemakanan yang seimbang dan tak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Lemak jangan dibuat main sebab ia bukan sahaja menambahkan berat badan tapi ia juga boleh membawa risiko kepada penyakit lain. Lebih baik kita mencegah dari dapat penyakit. Berikut saya kongsikan beberapa tips dan cara yang sihat untuk mengempiskan perut

1. JAUHI MAKAN YANG BERKARBOHIDRAT TINGGI
Langkah pertama yang penting untuk mengempiskan perut ialah belajar tentang pemakanan. Makanan yang mengandungi karbohidrat lebih mudah ditukarkan menjadi lemak sehingga menambah penumpuan lemak di perut.
wanita yang memiliki perut buncit dinasihatkan untuk tidak mengkonsumsi makanan yang mengandungi karbohidrat pada malam hari kerana waktu malam tubuh kita tidak seaktif di siang hari sehingga proses metabolisme tubuh tidak sempurna.

2. JAUHI MAKANAN YANG BERGORENG
Seterusnya elakkan makan makanan yang bergoreng. Bukan tak boleh makan langsung, cuma kurangkan.
Makanan yang digoreng memang manambahkan selera makan kita. Yang sudah terbiasa sudamenjadi hobi dan trend makanan ini sangat susah dihindari kerana senang makanan ini ditemui. Cepat dan pantas membuat kita mudah tergoda sehingga membuat lemak yang terkumpul di badan semakin tak terkawal.

3. JANGAN MAKAN SEBELUM TIDUR
2,3 pagi makan di kedai mamak? Berhentilah!!! Masak maggi tengah malam sebab lapar tak sempat masak.. Tolong la berhenti. Tak bagus kita makan sebelum tidur seelok-eloknya hindari makan sebelum tidur. Sebab waktu tidur aktiviti percernaan manusia terhenti dan ini menyebabkan makanan yang seharusnya dicerna menjadi terkumpul dan menghasulkan gas yang membuat perut kembung.
Paling ideal makan 4 jam sebelum tidur.

4. MAKAN MAKANAN BERSERAT
Antara cara lain untuk mengempiskan perut ialah makan makanan yang ada fiber. Mulakanlah makan makanan yang berserat yang membantu proses pencernaan dengan sempurna. Buah-buahan adalah makanan pilihan makanan yang terbaik yang wajib dimakan untuk membantu mengempiskan perut. Ikiut sunnah Rasullah, makan buah dahulu sebelum makan makanan yang berat.

5. JAUHI MAKAN MAKANAN BERGARAM
Cara mengecilkan perut ialah dengan menjauhi makanan bergaram. Memakan makanan masin yang berlebihan menyebabkan perut kembung dan dapat menarik air dalam jumlah yang banyak.

6. JAUHI MAKANAN DAN MINUMAN YANG BERSODA
Makanan dan minuman yang bersoda menyebabkan perut buncit kerana jenis minuman yang mengandungi soda itu ialah gas. Jika serius ingin berusaha untuk kurus dan gunakan cara mengempiskan perut katakan TIDAK pada Coca Cola atau Pepsi dan minuman bergula yang lain.Kandungan gulanya terlalu tinggi dan bakal membawa mudarat dalam jangkamasa yang panjang. Jika ada anak, ajar anak minum air suam selalu.

7. MINUM BANYAK AIR
Itu yang selalu diabaikan orang ramai. Minum banyak air putih dapat menjamin fungsi hempedu yang efektif untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh. Air juga dapat menghilangkan rasa lapar.

8. JANGAN TIDUR LEWAT
Tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi. Ketika tidur, usahakan memakai pakaian yang longgar sehingga tubuh dapat bernafas dengan baik.

9. BERSUKAN
Kita sering kali tidak meluangkan masa untuk bersenam kerana kesibukan kita setiap hari yang sangat mendesak. Luangkan masa sekitar 20-30 minit untuk bersenam melakukan sit-up secara rutin setiap hari. 

10. KETAWA
Mungkin kaedah ini terasa pelik dengan cara mengempiskan perut. Namun faktanya, ketawa dapat membakar lemak yang ada di perut kerana pada saat tertawa kita menggunakan otot perut. 
Selain membakar lemak diperut tertawa juga dapat mengurangi stress dan membuat suasana hati bertambah terutama bagi mereka yang sedang berduka lara.

Sekian untuk 10 Tips Mengempiskan Perut. Berusaha dan gigih terus sehingga anda mendapat hasil yang diimpikan. 

Kalau nak hilangkan perut buncit itu dengan lebih cepat, anda perlukan bantuan SET PERUT KEMPIS SHAKLEE. Macamana set ini membantu anda?

ALFALFA membantu untuk detox dan membuang toksin dari badan.
LECITHIN membantu memecahkan lemak dari makanan yang anda ambil pada hari ini atau pun lemak yang baru masuk kedalam perut. 
OMEGA GUARD membantu memecahkan lemak dari makanan yang anda makan sejak dahulu atau pun lemak yang telah lama bersarang dalam perut.
HERBLAX membantu membersihkan usus & flush keluar semua lemak yang menyebabkan anda buncit.
Cinch Shake Mix Sangat sesuai bagi anda yang gemarkan sarapan yang berat. Cinch ini dapat menggantikan portion sarapan berat kepada nilai kalori yang penting yang hany diperlukan oleh tubuh. Paling bagus Cinch Shake ini boleh mengekalkan kepejalan otot  walaupun badan mereka sedang dalam proses pembuangan lemak.
Semoga dengan maklumat dan info yang saya kongsikan bermanfaat kepada anda semua.. SEMOGA BERJAYA & BERHASIL!!!



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin dapatkan produk-produk Shaklee yang lain mengikut bajet anda?
Hubungi:
Dianazuha (ID 1102923)
Call/ Whatsapp 012-4406031

No comments:

Post a Comment